Manisan dan hidangan penutup Masakan Zaman Pertengahan

Istilah "dessert" (hidangan penutup, pencuci mulut) berasal daripada bahasa Perancis Kuno desservir, "untuk membersihkan sebuah meja", dan berawal daripada zaman Abad Pertengahan. Hidangan tersebut biasanya terdiri daripada dragée (seperti gula-gula) dan mulled wine (wain dengan campuran rempah-rempah) didampingi dengan keju lama; pada Zaman Pertengahan Akhir boleh juga merangkumi buah-buahan segar yang bersalut gula, madu, atau sirap, dan pasta buah yang telah dimasak. Gula, sejak kemunculan pertamanya di Eropah, banyak dipandang sebagai sebuah ubat daripada sebagai bahan pemanis; reputasi yang panjang selama abad pertengahan sebagai suatu kemewahan yang eksotik mendorong kemunculannya dalam konteks elit dengan menyertai daging dan menu lain yang mana untuk selera moden lebih memilih rasa savori yang semulajadi. Ada pelbagai jenis gorengan, crêpe dengan gula, dariole dan custard manis, susu badam dan telur dalam sebuah kuih pastri yang juga boleh mengandungi buah-buahan dan kadang-kadang malah sumsum tulang atau ikan.[10]

Daerah berbahasa Jerman mempunyai kesukaan tertentu pada krapfen, iaitu kuih pastri yang digoreng, dibuat daripada adunan pelbagai bahan yang manis dan savori. Marzipan dalam pelbagai bentuknya terkenal di Itali dan selatan Perancis pada sekitar tahun 1340-an, dan diandaikan berasal daripada Arab. Buku masakan bangsa Anglo-Norman dipenuhi pelbagai resipi untuk tat, sos, potage, dan kastard yang manis dan savori mengandungi strawberi, ceri, epal, dan plum. Para chef Inggeris juga gemar menggunakan pelbagai kelopak bunga seperti bunga mawar, violet, dan sambucus. Salah satu bentuk awal quiche dapat ditemui dalam The Forme of Cury, sebuah koleksi resipi daripada abad ke-14, iaitu berupa Torte de Bry mengandungi keju dan kuning telur.[103]

Di utara Perancis, pelbagai jenis wafel dan wafer dimakan dengan keju dan hippocras atau malvasia yang manis sebagai "keberangkatan dari meja" (issue de table). Halia, ketumbar, jintan manis, dan rempah lain yang telah bersalut gula sentiasa tersedia dan disebut sebagai "rempah-rempah bilik" (épices de chambre), serta digunakan untuk membantu pencernaan di akhir hidangan makanan untuk "menutup" perut.[104] Sebagaimana rakan-rakan Muslim mereka di Sepanyol, para penakluk daripada Arab di Sicily memperkenalkan pelbagai jenis hidangan penutup dan gula-gula yang baru yang pada akhirnya merebak ke seluruh Eropah. Sama seperti Montpellier, Sicily pernah terkenal kerana comfit (kekacang, biji-bijian, atau buah kering yang bersalut gula), gula-gula nougat (torrone, atau turrón dalam bahasa Sepanyol), dan almond bersalut gula (confetti). Dari selatan, bangsa Arab juga membawa seni pembuatan ais krim yang menghasilkan sorbet (berbeza dengan serbat), beberapa kuih pastri dan kek yang manis; cassata alla Siciliana (dari bahasa Arab qas'ah, istilah untuk mangkuk terracotta yang digunakan untuk membuat kuih tersebut), diperbuat daripada marzipan, kek span, ricotta yang dimaniskan, dan cannoli alla Siciliana, aslinya cappelli di turchi ("topi-topi Turki"), yaitu gulungan kuih pastri mengandungi keju manis yang digoreng dan kemudian disejukkan.[105]

Rujukan

WikiPedia: Masakan Zaman Pertengahan http://www.sca.org.au/cockatrice/uploads/issue21_p... http://www.kbr.be/~socboll/P-analecta2010.php http://www.godecookery.com/how2cook/howto08a.htm http://books.google.com/books?id=d1GnwwmfvC8C&pg=P... http://books.google.com/books?id=oVJU6ruH7SIC&pg=P... http://www.medievalcookery.com/ http://www.pbm.com/~lindahl/cariadoc/miscellany.ht... http://www.cs.cmu.edu/~pwp/tofi/medieval_english_a... http://people.eku.edu/resorc/Medieval_peasant_diet... http://www.engr.psu.edu/MTAH/articles/pdf/daily_br...